Saturday, July 30, 2016

3 petua hilangkan jerawat

Sis nak tau cara dan petua untuk hilangkan jerawat?





1. Basuhan air beras

Basuh muka dengan air basuhan beras. Biarkan ia kering sendiri. Setelah kering bilas dengan air bersih. Amalkan selalu.






2. Bekam wajah

Merupakan pengubatan cara Rasulullah dalam ikhtiar menghilangkan penyakit. Bekam dapat mengeluarkan darah kotor yang terperangkap di kawasan muka. Darah kotor ini yang menyebabkan terjadinya jerawat dan kebiasaannya berserta dengan resdung.

Boleh dapatkan rawatan bekam ini di BekamRumah






3. Serbuk kayu manis + madu

Ambil sedikit serbuk kayu manis kalau takda boleh tumbuk sendiri sehingga jadi jadi serbuk halus. Kemudian campurkan dengan madu cukup sekadar boleh sapukan ke seluruh muka. Selepas itu, tempekkan ke muka sebelum masuk tidur. Keesokan harinya baru bilas dengan air bersih. Amalkan petua ini 3 kali seminggu.

Sis nak cara mudah dan x leceh untuk hilangkan parut jerawat dan kulit gelap dan jadikan kulit muka anda berseri-seri klik >>> GebuSkincare


Semoga sembuh dengan Izin Allah...


Thursday, July 28, 2016

5 Petua Menjemput Rezeki ala Tn. Wahi Abd. Rashid

Assalamualaikum 


Banyak petua-petua mahupun amalan yang boleh dilakukan seseorang apabila hendak menjemput rezeki. Aik bukan mencari rezeki ke selalu orang cakap?

Menjemput rezeki ini adalah perkataan yang digunakan oleh pengarang buku "Mudahnya menjemput rezeki". Saya bersetuju kerana berpendapat rezeki itu mudah didapati yakni sudah ditentukan Allah pada setiap makhluknya. Usah khuatir.

Yang sukarnya apabila kita tidak tahu cara membuka pintu-pintu dan tingkap-tingkap bagi menjemput rezeki itu masuk. Ibaratkan rezeki itu tetamu. Bagaimana tetamu nak masuk rumah kalau pintunya ngak dibukak dong... Hehe

Ok tanpa membuang masa. Petua ini saya dapatkan daripada Tuan Wahi Abd. Rashid. Beliau merupakan seorang usahawan berjaya bertaraf jutawan dengan pelbagai bisnes. Yang menaikkan beliau adalah syarikat Green Matrix Rental Car.

Petua ini di ambil dengan harapan kita juga sama-sama dapat mencopy dan paste kejayaan beliau dalam kehidupan kita. InsyaAllah

Petua Menjemput Rezeki ala Tuan Wahi Abd. Rashid:


1. Baca Al Quran dan fahami maknanya.
2. Solat tahajjud, solat dhuha.
3. Bergaul dengan orang baik-baik dan soleh.
4. Perbanyakkan berpuasa.
5. Perbanyakkan berzikir.


Gatal hidung, selalu bersin, hingus asyik meleleh. Nak hilangkan?  Klik >>> RajaResdungJohor

Wednesday, July 27, 2016

3 Petua Hilangkan Resdung


1. Kurangkan minuman dan makanan yang berasaskan kafein dan MSG.

Minuman berasaskan kafein contohnya kopi espresso, cappucino dan lain-lain menyebabkan resdung anda makin menjadi-jadi.

Kalau boleh cuba elakkan kafein dengan banyakkan meminum air suam atau air mineral. MSG pula banyak dalam makanan-makanan ringan dan Aji******. Makan makanan yang berkhasiat.

2. Sentiasa amalkan sebelum tidur (T. I. S)

- Taawudz (A'uzubillah.... Rajim)  10x
- Istighfar (Astaghfirullahal Azim) 21x
- Selawat (Allahumma solli ala Muhammad dan sebagainya) 11x

 Bacakan pada air segelas atau sejug dan niatkan dihilangkan penyakit resdung anda. Air tersebut buat cuci mulut, hidung dan lubang telinga.

Petua ini saya dapatkan daripada pengamal perubatan islam terapi islam al-fatah, melaka.

3. Sediakan herba alami

A) Segenggam cengkih
B) Sebatang kulit kayu manis
C) 7-14 biji buah pelaga
D) Sepotong gambir

Campurkan ke semua bahan sekali dan rebuskan. Biar panas sekejap. Ambil air tadi masukkan kedalam mangkuk, periuk atau yang sesuai.

Dalam keadaan berwap, serkupkan wajah anda ke dalam wap. Biar wap dari air rebusan tadi kena pada muka hingga keluar lendir jernih dari hidung. Biar sampai lega. Lapkan dan selepas itu mandi air suam.

Ada cara yang lebih mudah, senang dan cepat. Klik >> RajaResdung


Semoga sembuh dengan izin Allah.